Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada 33,000 mangsa pada Ahad.
Memetik laporan AFP, 29,605 orang meninggal dunia di Turkiye dan 3,574 di Syria, menjadikan jumlah yang disahkan kepada 33,179.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa jumlah keseluruhan mangsa yang maut mungkin berganda.